Pendidikan Hasan Bahrom

Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang syariah dan politik. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Sarjana Muda Syariah. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana di Universiti Malaya dan memperoleh Sarjana Politik, sebelum memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam Siasah Syariah di universiti yang sama. Beliau juga mempunyai Sijil Amalan Guaman Syarie daripada Jabatan Agama Islam Melaka.